Akhirnya Aku Konvo!

6:20 PM



       Seperti termaktub dalam tajuk post kali ini, itulah apa yang ingin aku sampai. Akhirnya. Akhirnya setelah 4 tahun melalui liku-liku, onak berduri, dan pelbagai mehnah, aku berjaya juga bergraduasi secara rasmi di Universiti Tenaga Nasional. Ya, aku sendiri tidak menyangkanya. Dari Asasi Teknologi Maklumat yang perlu bersaing dengan ratusan pelajar, berusaha kekal 'pointer', belajar bahasa komputer satu per satu hingga masuknya Ijazah Grafik Multimedia yang mana projek akhir tahun aku tidak memberangsangkan, keputusan tidak konsisten dan jatuh satu semesta, banyak mengomel dengan isi pelajaran dan tersilap langkah pada tahun akhir. Tapi sekarang, dah lepas dah semua tu. Aku dah selamat konvo. Alhamdulillah.


Kekadang aku terlintas di hati perasaan bangga. Bangga menjadi graduan UNITEN meskipun pada awalnya aku tidak suka. Mungkin ada hikmah kenapa aku tercampak di situ walaupun sampai sekarang hikmah itu masih samar-samar aku lihat. Walaupun kos grafik disini tidaklah seperti MMU dan Limkokwing tapi ada baik dan bagusnya. Dah, malas nak cakap pasal tu.

Cuma aku rasa bersyukur sangat. Kadang-kadang kita akan rasa teruk dan ingin berhenti dari semua ini, tertekan dengan timbunan kerja, serabut dengan masalah, tapi kita tidak sedar. Segala masalah itu akan ada penyelesaiannya. Kita hanya perlu terus melangkah. Jangan berhenti. Lihat pada perjalanan yang telah kita tempuh, sudah jauh bukan? Andai kita berhenti, rasa menyesal itu lagi menghantui dengan kuat dibanding rasa tertekan. Ingat kembali tujuan kita. Kalau rasa sudah tidak mampu menanggungnya, berehatlah. Ambil wudhu dan solatlah. Mengadu kepadaNya. Sujud kepadaNya. Apalah fikiran kita yang terhad ini jika dibandingkan denganNya. Dia ada segala jawaban untuk setiap masalah kita. Dia ada sinaran untuk kegelapan hati kita. Dia ada kekuatan untuk membangkitkan kita di detik terendah kita. Sebesar mana masalah kita, ingatlah Tuhan kita lagi Besar. Jadi, tidaklah salah kita berehat sebentar untuk kesegaran diri. 

Apa yang aku nak katakan kat sini, Teruskan Asamu dan jangan pernah berhenti! Walaupun seteruk mana keputusan kita pada masa silam kita, kita masih mampu mencapai kejayaan. Biarkan yang teruk itu di masa silam, dan ciptakan yang indah itu pada masa hadapan. Kerana kita tidak mampu mengubah masa silam kita tapi kita mampu mencipta masa hadapan kita. Bunyi klise tapi itu hakikatnya. 

Aku pernah gagal dalam SPM. Hanya dapat 4A sahaja, tapi aku tidak pernah berhenti bermimpi. Bermimpi untuk mencipta pelangi indahku sendiri dan akhirnya aku berjaya mencipta di masa ini. Aku pernah merasa 'dean list' malah pernah juga merasa tidak 'dean list'. Bagi aku itu sesuatu yang mengindahkan coretan hidup aku. Yang paling membahagiakan aku pada masa ini, ialah aku juga berjaya membanggakan ibubapa aku apabila mendapat anugerah daripada UNITEN. Walaupun aku tidak pernah menyangkanya tapi iya, aku berjaya. 

Ciptalah perjalanan mu sendiri. Reka pelangi indahmu. Hiasi halaman kehidupan mu. Hanya engkau yang bisa membahagiakan dirimu. Hanya engkau yang mampu memberi kecemerlangan kepada hidupmu. Orang lain hanya sokonganmu agar semangatmu tidak rapuh. Dan kamu juga, jangan menghina mereka yang lain. Jangan merendahkan mereka yang berbeza kehidupan denganmu. Hiduplah dengan sentosa. Kehidupanmu takkan sama dengan mereka. Definisi bahagia dan cemerlang jua takkan pernah sama. Justeru itu, senyum dan tebarkan keharmonian dalam kehidupan.

Kepada kawan-kawan aku yang masih gigih berusaha menamatkan ijazah, di atas merupakan pesan ku untukmu. Yakin dengan dirimu. Kau akan berjaya menghabiskannya. Pejam celik, pejam celik, kau juga bakal konvo dan mungkin kelak kau bakal merindui zaman belajar. Jadinya, hadapilah dengan tenang tanpa tergesa ingin habiskan. Nikmati setiap detik yang kau tempuh. Gembira, tertekan, serabut, sedih, bahagia. Nikmatilah. 



Akhir kalam, terima kasih kepada ibubapaku dan keluargaku yang sentiasa memberi sokongan. Terima kasih juga kepada pensyarah dan guruku yang sentiasa mendidik, membimbingku serta mencurahkan ilmu kepadaku. Tidak kurang juga kepada teman-teman yang sentiasa hadir menghiburkan malah menyedihkan halaman hidupku. Kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, terima kasih kerna sudi memeriahkan suasana hidup aku. Terima kasih dan minta maaf atas kesalahan, kesilapan, kenakalan, ketidakmatangan aku. Semoga tuhan membalas segala jasa kalian.

Semoga kalian faham apa yang aku merepek kali ini. Yuhhhuuuuu.. Konvo juga aku akhirnya.
Aku malas nak taip dan cerita panjang-panjang. Jadi kalau ada sebarang pertanyaan atau papelah, boleh tinggalkan kat ruang komen dibawah.








You Might Also Like

8 comments

  1. tahniahhhhh!!! lawa gambar dan ayatnyaaaa..amboi siap ke taman botani lagi haaa. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. nie pun main shoot sendiri-sendiri. Nasib baik sempat preconvo, kalau tak memang menyesal habis sbb lepas konvo je memang tak sempat jumpa kawan.

      Delete
  2. tahniahhh dah convoo! ni uniten putrajaya ke bukan??

    ReplyDelete
  3. tahniahhhh! Dulu pun hambar jugak result SPM tapi alhamdulillah sekarang dah jadi graduan ijazah kepujian. Nak sambung master tapi relaks kejap hehe. Anyway, singgah sini jadi pembaca baru blog ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waahhh!!! tahniah juga. tulaa, kegagalan lepas, biarkan berlalu. cipta kejayaan baru di masa hadapan. saya pun terfikir nak sambung master tapi masih was-was lagi

      Delete
  4. salam. nak tanya. sblum grad muet kena band bpe yer? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, uniten menetapkan band muet utk konvo adalah 2

      Delete

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

#BLOGGERPANTAITIMUR

#BLOGGERPANTAITIMUR