KISAHSIAPA #13 : KHURAFAT

9:35 AM



Nabilah rasa tertekan.

Fikirannya kusut.
Kusut dengan pelbagai perkara.

Dia rasa amat berdosa.
Merasakan dirinya juga hipokrit.

Kenapalah dia pergi mencari tentang perkara perkara tu.
Dia tahu semua tu khurafat dan tidak dipercayai.

Tapi gara gara dia terbaca, hal itu sedikit sebanyak mempengaruhi pemikirannya.

Nasib baik, iman nya masih waras menolak dan menyangkal info info yang baru dibaca.

Semuanya bermula dengan denyutan pada mata sebelah kanan.

Sebelum ini sering saja terjadi denyutan itu cuma berlaku dalam tempoh yang sekejap sahaja.
Tapi kali ini berbeza dari kebiasaan, denyutan itu sudah berhari hari.

Bimbang najah dibuatnya.
Kenapa tidak berhenti lagi denyutan itu.

Fikiran dia mula melayang dengan info karut yang baru diterimanya tadi.

Dia akan mati?
Ditimpa musibah?

Aaaaarrrggghhh !

"Jangan percaya benda seperti tu,teruskan beramal dan bertaqwa kepada Allah", bisik suara hati nabilah.

"Sebenarnya ini tidaklah berbahaya. Kes ini dipanggil involuntary muscle twitching yang mana berlaku kesan daripada tindakan electro ke atas smooth mucsle. Dia lebih kurang seperti sawan tapi sawan berlaku ke atas big muscle. Selalunya denyutan ini akan berlaku sekiranya cik rasa berdebar, tertekan, excited dan perkara perkara gemuruh", bicara seorang doktor kepada Nabilah.

Hahahaha. Gelak Nabilah seorang diri.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. [3:102]
Dia terasa bodoh dan hina kerana percaya kepada perkara yang karut.

Semuanya bermula dengan mimpi buruk (atau membawa maksud buruk) yang menyebabkan dia rasa tidak senang duduk. Sebab itu, denyutan itu tidak berhenti henti.

Kerana perasaan takut dan cemasnya itu.

Wudhu selesai diambil. Nabilah berdiri dan melaungkan takbiratul ihram. Dia ingin menunaikan solat sunat 2 rakaat serta solat sunat taubat.

Rasa syukur perlu dizahirkan kepadaNya. Dosa nya juga perlu kepada pengampunan.
Siapa lagi yang dapat mengampunkan dosanya selain Allah.
Siapa lagi yang mampu memberi nikmat kehidupan kepada nya selain Allah.

"Ya Allah, mati itu pasti. Aku memohon ampun kepadaMu kerana takutkan mati. Ini kerana aku berasa selesa dengan kehidupan dunia sekarang sedangkan kehidupan akhirat lebih baik. Ya Allah, andai aku ditakdirkan mati tanpa aku sempat bersedia, maka aku memohon kepadaMu agar membantu ku untuk melaksanakan kehidupan ku sebagai hambaMu dan muslim dengan baik. Siapa lah aku tanpa Engkau. Sungguh Engkau adalah sebaik baik penolong."

Keesokkannya nabilah bangkit dengan semangat yang diberi nafas baru.

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; [3:133]

Dia perlu dekatkan dirinya pada Allah.
Dia perlu fokuskan sumbangannya pada ummah.
Dia perlu memenuhi hak haknya kepada keluarganya dan mereka sekeliling.

Dengan itu dia tidak perlu lagi risau malah berbahagia kerana bakal bertemu cintanya, Allah.

Dan, ya.

Denyutan di matanya masih lagi berdenyut.

Tunggu masa untuk dia berjaya mengawal.

You Might Also Like

1 comments

  1. Salam.. Hihi.. Samela kite.. Kdg2 tkt sgt klu kelopak mate tergedik2..

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News