KISAHSIAPA #9 : DOSA

11:51 PM



Bismillah,
Assalamualaikum

"Semakin tinggi kita daki semakin sakit tika jatuh"

Nabilah teringat kata kata itu. Seiring dengan itu juga terngiang di fikiran dia satu lagi kata.

"Semakin tinggi kita daki, semakin tinggi dipandang orang, semakin teruji kesabaran mendaki"

Minda dia menterjemah semua kata kata itu dalam ruang lingkup perjuangan hidupnya.

Semakin banyak dia pelajari dan kecapi, semakin sakit dan parah andai dia jatuh, atau dalam bahasa arabnya futur [Putus Asa]. Dan semakin itulah juga dia akan diuji Allah untuk menjadi lebih baik dan supaya tergolong dalam golongan yang disayangi Allah.

Pagi itu Nabilah dikejutkan dengan email daripada pensyarahnya yang mengatakan dia bakal mendapat surat amaran kerana telah tiga kali tidak menghadirkan diri ke kelas.

Sangat terkejut kerana pada sangkaannya surat amaran itu hanya akan diberi selepas kali keempat dia tidak hadir.

Tidak keruan jiwanya. Apa yang dia perlu jelaskan kepada ibubapanya?

Apakah dia harus jujur?

Lama minda Nabilah berpusing dan berfikir, hingga akhirnya dia bertindak berani dengan berkata jujur kepada ibubapanya.

Nabilah menyesali tindakan kurang cerdik yang dilakukannya. Kenapa dia perlu ponteng kelas? Sedangkan sifat seorang muslim itu rakus dalam menuntut ilmu.

"Ingat rahmat Allah tidak akan sampai dengan tindakan kita yang begini."

Itu balasan ibunya kepada kejujuran yang dia telah lakukan.

Sungguh dia benar - benar nekad. Nekad untuk menjadi yang terbaik.

Ini seakan teguran Allah kepadanya.

Dia sedang memperjuangkan agama Allah. Mengapa perlu ada kejahilan dalam perkara remeh?


You Might Also Like

1 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News